PETALING JAYA – Bagi menguji kesiapsiagaan anggota penyelamat dan prosedur operasi standard (SOP) ketika menangani kecemasan membabitkan tren transit aliran ringan (LRT), satu simulasi insiden kebakaran tren diadakan di stesen Putra Heights pagi ini. Senario simulasi itu melibatkan sebuah tren aliran aliran Ampang/Seri Petaling ‘terbakar’ menyebabkan seorang ‘maut’, tiga ‘cedera’ dengan kira-kira 50 penumpang dalam tren itu ‘panik’ apabila ‘terperangkap’ dalam tren terbakar yang terhenti di atas landasan. Ketua Jabatan…










