JAKARTA 29 Ogos – Kontinjen Malaysia meraih satu lagi pingat gangsa menerusi ganda wanita di dalam acara silat seni yang berlangsung di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia, Jakarta Timur, dekat sini, sebentar tadi. Pasangan Nur Hamizah Abu Hassan-Nur Syazreen A. Malik meraih catatan 558 mata manakala pingat emas menjadi milik tuan rumah menerusi gandingan Ayu Wildan Silantari-Ni Made Dwiyanti (574 mata), diikuti Thailand Saowanee Chantamun-Oraya Choosuwan perak (564 mata).…