Shopee tawar harga RM199 prapelancaran fonkepala wayarles Edifier - Utusan Malaysia

Shopee tawar harga RM199 prapelancaran fonkepala wayarles Edifier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Shopee Malaysia, platform e-commerce terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, menawarkan harga istimewa prapelancaran fonkepala wayarles jenama Edifier model W820BT bermula 24 Ogos hingga 9 September depan.

Fonkepala dengan harga runcit RM399 itu ditawarkan pada harga RM199 dalam tempoh terhad itu buat semua pelanggan Shopee.

Shopee dalam satu kenyataan akhbar berkata, terdapat empat warna yang boleh dipilih pengguna iaitu biru, merah, putih dan emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tawaran tersebut sah selagi stok masih ada,” kata kenyataan tersebut.

Fonkepala Edifier model W820BT dilengkapi Bluetooth v4.1 terbina dengan tambahan teknologi CSR serta sokongan aptX codec untuk meningkatkan lagi pengalaman mendengar muzik.

Ia juga dibekalkan dengan kesan bunyi terbaik dalam kelasnya termasuk ketahanan bateri selama 80 jam untuk sekali cas.

Model tersebut juga masih membolehkan pengguna menukar pilihan menggunakan wayar jika ingin berbuat demikian. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini