KUALA LUMPUR 30 Ogos – Anak lelaki yang dilahirkan isterinya, Noornabila merupakan hadiah paling bermakna buat aktor Sharnaaz Ahmad sempena ulang tahun kelahirannya ke-35 hari ini. Noornabila yang juga kakak kepada artis dan usahawan berjaya, Noor Neelofa selamat melahirkan bayinya itu pagi tadi. Dalam reaksinya, Sharnaaz merakamkan ucapan terima kasih kepada isterinya yang menghadiahkan seorang putera di hari kelahirannya. “Terima kasih di atas hadiah istimewa kepada saya sebagai seorang baba…










