PUTRAJAYA 3 Ogos – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Micheal R. Pompeo hari ini bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan serta merumuskan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia. Pada pertemuan 30 minit yang berlangsung di Perdana Putra di sini, Pompeo turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan besar Dr Mahathir memenangi pilihan raya umum (PRU) Mei lepas. Pompeo yang tiba pada 9 pagi ini ditemani Duta Amerika Syarikat…










