PUTRAJAYA 26 Ogos – Cuaca panas yang disusuli hujan gerimis tidak menghalang peserta-peserta yang terlibat dalam sesi raptai sempena acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini terus menjalani latihan bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar. Sesi raptai tersebut yang bermula sejak awal pagi hingga tengah hari tadi di Dataran Putrajaya di sini disertai anggota pasukan pancaragam, tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut…










