ISKANDAR PUTERI 15 Ogos – Seramai 4,499 daripada 579,923 murid di negeri ini direkodkan sebagai tercicir pelajaran disebabkan pelbagai faktor, antaranya masalah kewangan, kurang minat belajar, penceraian dan disiplin. Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, berdasarkan pecahan, terdapat 68,725 murid di Batu Pahat dengan seramai 170 daripada mereka merupakan murid tercicir pelajaran, Johor Bahru (120,454 murid, 1,412 tercicir) dan Kluang (46,543 murid, 424 tercicir). “Kota Tinggi…










