Seorang maut, 34 cedera letupan di Isulan, Filipina - Utusan Malaysia

Seorang maut, 34 cedera letupan di Isulan, Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 28 Ogos – Sebutir bom buatan sendiri yang disorok di bawah sebuah motosikal menyebabkan seorang terbunuh dan 34 lagi cedera semasa berlangsungnya festival di sebuah lebuh raya di Isulan, wilayah Sultan Kudarat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut polis, letupan berlaku di hadapan sebuah restoran dan siasatan sedang dijalankan.

Setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Ketua Polis wilayah itu, Noel Kinazo berkata, seorang terbunuh manakala seramai 34 cedera, seorang daripadanya parah.

Kejadian itu berlaku sebulan selepas letupan bom dalam sebuah van yang berhenti di pusat pemeriksaan tentera di pulau Basilan yang mengorbankan 11 orang termasuk empat orang awam. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini