KEMAMAN – Seorang lelaki warga Vietnam ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Maritim Malaysia (APMM). Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Hasleezam Sabarudin. Menurut sumber SPRM, lelaki terbabit dipercayai bertindak…









