KEMAMAN 24 Ogos – Mayat salah seorang daripada tiga remaja yang lemas di pantai Teluk Kalong di sini petang semalam ditemukan awal pagi ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
![]() |
|
SHAHIR AQIL SHAHRUN
|
Menurut pihak bomba, mangsa, Shahir Aqil Shahrun, 19, ditemukan kira-kira 4.30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya setelah pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa.
Shahir Aqil dari Taman Sri Kaya Gong Pauh di sini yang merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan difahamkan adalah atlet silat Sukma Terengganu.
Gerakan mencari dua lagi mangsa yang hilang iaitu Khairil Ikmal Danial Zamzuradi yang merupakan pelajar Politeknik Kota Bharu dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir ( pelajar universiti MSU) diperhebatkan meliputi kawasan lebih luas. – UTUSAN ONLINE












