MISI meraih tujuh pingat emas yang digalas pada bahu 426 atlet kebangsaan untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 negara terbaik pada Sukan Asia 2018 Jakarta dan Palembang kini bermula apabila temasya sukan terbesar Asia edisi ke-18 membuka tirai secara rasmi dalam acara gilang-gemilang di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia malam tadi. Ketua kontinjen Malaysia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi memimpin sejumlah 115 atlet negara menyertai perarakan masuk ke venue…