KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa bebas bagi menyelaras secara menyeluruh dasar dan mengurus pekerja asing akan ditubuhkan. Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan pegawai tertinggi kerajaan, bekas hakim atau ketua setiausaha manakala Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh bertindak sebagai urus setia. “Isu pekerja asing menjadi masalah besar kepada kita, terlalu ramai yang masuk dan ramai juga yang masuk tanpa izin, jadi kita perlu…










