PASUKAN Selangor mengharapkan aura Stadium Shah Alam yang kembali menjadi laman rasmi skuad Gergasi Merah pada aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia menentang kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) malam ini. Sebelum ini juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu menggunakan Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebagai gelanggang rasmi dan keputusan terbaru dibuat oleh kerajaan negeri bulan lalu adalah sebagai tanda sokongan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang…









