KUALA LUMPUR 31 Julai – Susulan ketidakhadiran Nor Azam Azih dan Matthew Davies dalam sesi latihan hari ini, jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee menganggap dua tonggak Pahang itu tiada di dalam barisannya yang akan beraksi dalam Sukan Asia 2018 bulan depan. Jelasnya, beliau kini mahu memberi tumpuan penuh kepada anak-anak buahnya yang telah melaporkan diri ke kem latihan skuad negara untuk mempersiapkan diri menjelang temasya…










