BEIJING 21 Ogos – Taiwan kehilangan sekutunya lagi apabila El Salvador telah menjalin hubungan diplomatik dengan China selepas memutuskan ikatannya dengan negara pulau itu. Perkembangan terbaharu ini memberi kemenangan kepada Beijing dalam kempennya untuk mengasingkan Taiwan yang dianggap sebagai sebuah negara di bawah republik komunis itu. China telah menggunakan pengaruh ekonominya untuk memutuskan sokongan antarabangsa terhadap Taiwan yang dipimpin secara demokratik itu, meninggalkannya dengan hanya 17 sekutu diplomatik di seluruh…










