KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan berkompromi terhadap mana-mana syarikat pengimport yang dikenal pasti membawa masuk cili melanggari tahap piawaian kawalan kualiti, keselamatan, penyakit dan perosak ditetapkan. Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dengan menyekat kemasukan hasil pertanian syarikat yang membawa masuk cili ‘berpenyakit’ . “Usaha ini bagi memastikan hasil pertanian khususnya cili tidak memudaratkan keselamatan pengguna…










