KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kerajaan digesa memulakan segera siasatan dalaman terhadap dakwaan kononnya wang pembayaran balik tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion telah dirompak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mustapa Mohamed Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selaku kerajaan yang bertanggungjawab, hasil siasatan dalaman itu perlu diberi tempoh seminggu untuk disiapkan dan dikemukakan kepada umum. Menurut beliau, perkara itu juga kemudian sewajarnya dirujuk kepada…










