Sedih melihat akitiviti ‘pelacur sambilan’ berleluasa - Utusan Malaysia

Sedih melihat akitiviti ‘pelacur sambilan’ berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAPORAN sebuah akhbar memetik kenyataan Ketua Pendakwa Raya Syariah Kelantan yang mendedahkan trend terbaharu pelacur sambilan di negeri itu sungguh mengejutkan tetapi sebenarnya bukan perkara pelik.

Bukan sahaja wanita tempatan yang berstatus isteri orang malah pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya daripada keluarga miskin, menjadi pelacur sambilan dan gadis escort untuk mencari ‘duit belanja’ atau pun pendapatan sampingan.

Mengikut laporan berita tersebut, trend golongan pelacur sambilan Kelantan mengejar lelaki warga asing khususnya dari Bangladesh dan Myanmar yang iras pelakon terkenal Bollywood.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambil menyelam minum air, sambil melacur cari yang kacak bergaya.

Penglibatan wanita Melayu dalam industri pelacuran bukan perkara baharu malah negara pernah digemparkan dengan beberapa pendedahan trend ramai pelajar universiti Lembah Klang menjadi gadis escort untuk hidup mewah sebelum ini. Berita mengenainya sudah sunyi sepi tetapi gejala itu masih berterusan.

Diharapkan perundangan Islam dapat diperkasakan supaya gejala ini dapat dibendung dengan lebih berkesan kerana bukan sahaja meruntuhkan institusi kekeluargaan malah menjejaskan masa depan generasi pewaris negara.

CHE MAT NAWI

Pasir Puteh, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN