PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren enggan mensia-siakan peluang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas namanya disenaraikan ke Sukan Asia Indonesia 2018 yang bermula 18 Ogos ini hingga 2 September depan. Daren mengakui menggalas tanggungjawab cukup besar memandangkan dia mengisi kekosongan ditinggalkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri gara-gara masalah kesihatan. Semi finalis Kejohanan Dunia 2018 itu turut menegaskan, dia tidak mahu kehadirannya dalam…










