KUALA LUMPUR 17 Ogos- Sebuah kedai emas kerugian RM800,000 selepas dirompak lima lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi di pusat beli-belah Endah Parade, Taman Sri Endah petang tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, berdasarkan keterangan saksi, tiga suspek yang memakai topi keledar serta berjaket mengacukan tiga pucuk pistol ke arah pengawal keselamatan dan pekerja sebelum melarikan 14 dulang emas. “Berdasarkan keterangan saksi, suspek telah memecahkan ruang…










