MUNICH 28 Ogos – Bastian Schweinsteiger mengucapkan selamat tinggal kepada Bayern Munich dengan penuh bergaya selepas bekas kapten Jerman itu menjaringkan gol terakhirnya dalam penampilan testimoni ketika menentang kelabnya terkini, Chicago Fire hari ini. Tiga tahun setelah mengangkat kaki untuk dipinjamkan ke Manchester United selama 18 bulan, Schweinsteiger, 34, akhirnya membuat lambaian terakhir kepada Bayern dalam penampilan testimoni tersebut. Untuk rekod, Bayern menang 4-0, dengan gol terakhir disumbat oleh Schweinsteiger,…









