Saya tidak risau kerjasama antara Pas dan MCA - Siew Ki - Utusan Malaysia

Saya tidak risau kerjasama antara Pas dan MCA – Siew Ki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki menegaskan beliau tidak risau dengan sokongan Pas kepada MCA dalam pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siew Ki, 32, berkata, ini kerana beliau percaya pengundi Balakong bijak menilai keutuhan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam kempen PRK, bagi menentukan pemimpin yang layak mewakili mereka.

“Sebenarnya, saya tidak risau sangat kerana kerjasama Pas dan MCA bukannya sejak hari pertama. Pengundi bijak menilai sendiri siapa yang akan mereka sokong.

“Ini bukan bergantung kepada pemimpin kata perlu undi siapa dan kita pergi undi individu itu. Semua orang ada kebijaksanaan sendiri menilai siapa yang boleh membawa masa depan lebih cerah kepada mereka dan Balakong. Jadi, saya tidak bimbang dengan kehilangan sokongan pengundi Pas,” katanya selepas melancarkan manifesto PH untuk PRK Balakong, dekat sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mahu ahlinya mengundi calon MCA dalam PRK DUN Balakong.

Kata beliau, perkara itu diputuskan dengan mengambil kira faktor semangat pembangkang.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lalu.

Siew Ki bakal bertanding menentang calon MCA, Tan Chee Teong, 40, dalam PRK DUN Balakong kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN