'Saya tidak peduli spekulasi' - Utusan Malaysia

‘Saya tidak peduli spekulasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak mempedulikan spekulasi sesetengah pihak yang mengatakan pasukan The Reds kini sudah bersedia untuk merebut gelaran juara Liga Perdana England (EPL) biarpun pasukannya baru dua kali beraksi musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liverpool berjaya menundukkan Crystal Palace 2-0 pada awal pagi Selasa lalu dan kini menduduki tangga kedua EPL di belakang Manchester City yang merupakan juara EPL musim lepas.

Bagaimanapun, Klopp berpendapat, masih terlalu awal untuk mengatakan Liverpool memiliki potensi untuk memintas kedudukan teratas liga pada penghujung musim nanti buat pertama kali sejak tahun 1990.

“Sejujurnya, ia masih terlalu awal bagi kami dan saya enggan memikirkannya kerana perkara tersebut tidak penting buat pasukan.

“Buat masa ini, kami belum berminat untuk mengejar kejuaraan tersebut sebaliknya perlu memberikan fokus untuk menyelesaikan musim ini dengan baik.

“Pastinya kami akan menjadi lawan sukan untuk ditewaskan dan tiada mana-mana pasukan akan gembira untuk menentang kami sama ada di laman mereka atau datang ke Anfield.

Apa-apa pun, kita lihat apa yang akan berlaku apabila tiba pada penghujung musim nanti.

“Saingan EPL merupakan liga yang sukar dan sekarang baru memasuki perlawanan kedua liga, jadi terpulang kepada kami untuk membincangkan sama ada The Reds berpotensi mencabar kejuaraan EPL atau sebaliknya,” kata Klopp. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN