MANCHESTER 28 Ogos – Jose Mourinho meninggalkan sidang akhbar lebih awal selepas pasukannya kalah 0-3 kepada Tottenham dan mengingatkan media tentang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris yang pernah dimenangi bersama Chelsea. Jurulatih dari Portugal itu hanya menghadiri sidang akhbar selepas berdiri agak lama di depan tempat duduk utama Stretford End yang hampir kosong sambil memberi tepukan kepada penyokong United. Mourinho mendakwa terdapat agenda untuk menjatuhkannya dan berkata, dia tidak berhak…










