PALEMBANG – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria optimis kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas. Beliau berkata dengan berbaki sembilan hari lagi sebelum menutup tirai rasminya, kontinjen negara mampu merealisasikan impian dengan sekurang-kurangnya dua kilauan emas pada temasya itu yang dijangka hadir di Palembang. Selepas hampir seminggu temasya sukan kedua terbesar di dunia itu membuka tirai, Malaysia hanya meraih…










