Sasar pengundi muda PRK DUN Seri Setia meningkat - Utusan Malaysia

Sasar pengundi muda PRK DUN Seri Setia meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Bilangan pengundi generasi muda disasarkan meningkat untuk keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar berkata, bilangan pengundi muda di DUN Seri Setia adalah 30 peratus daripada 52,650 jumlah keseluruhan pengundi.

Beliau yang akan berdepan cabaran daripada parti Pas melalui calonnya, Dr. Halimah Ali berkata, kebanyakan anak-anak muda di DUN Seri Setia menetap di Lembah Subang dan Desa Mentari dengan mencari rezeki sebagai pekerja kilang, penghantar barang dan mekanik.

Katanya, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi segala hasrat anak-anak muda di kawasan tersebut antaranya menambah bilangan infrastruktur di kawasan tersebut seperti gelanggang futsal dan takraw.

“Anak-anak muda ini juga ada menyuarakan supaya kerajaan PH mampu menambah peluang pekerjaan dan perniagaan bagi membolehkan mereka mencari pendapatan tambahan.

“Sekiranya saya dipilih bulan depan, sudah tentu saya akan berusaha memastikan segala permintaan anak-anak muda di kawasan ini dipenuhi dengan membawa segala permohonan tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Pakatan Harapan DUN Seri Setia di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini