NEWCASTLE 27 Ogos – Sebaik wisel penamat dibunyikan Maurizio Sarri menumbuk ke udara sebagai reaksi puas dan lega Chelsea menewaskan Newcastle 2-1 pada perlawanan di St James Park, malam tadi. Reaksi itu jelas menunjukkan betapa sukarnya Chelsea untuk melakarkan kemenangan ketiga berturut-turut apabila berdepan dengan kesebelasan Benitez yang bermain secara negatif. Sarri berkata, dia terkejut pasukan lawan menggunakan sembilan pemain di bahagian pertahanan dengan seorang penyerang, sedangkan mereka bermain di gelanggang…










