LONDON 25 Ogos – Kebimbangan Maurizio Sarri terhadap permulaan Chelsea yang perlahan mungkin tidak berasas tetapi ketua jurulatih itu bertegas bahawa pasukannya masih di peringkat awal pembangunan. Chelsea akan melawat Newcastle esok dengan sasaran untuk mendapatkan kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan pertama Liga Perdana musim ini. Selepas menyuarakan kebimbangan mengenai berapa lama diperlukan oleh pemainnya untuk memahami falsafah permainannya, masalah Sarri ketika ini kelihatan berlegar di sekitar persoalan mengenai siapa…










