KOTA KINABALU 18 Ogos – Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menundukkan juara 33 kali, Selangor 2-1 dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia di Stadium Likas sebentar tadi, sekali gus membolehkan mereka berkongsi tujuh mata bersama pendahulu Kumpulan D, Pahang. Skuad Red Giants pada awalnya dilihat berupaya mengesat air mata kekecewaan dalam dua perlawanan terdahulu selepas Sean Selvaraj membuka jaringan pada minit ke-78. Bagaimanapun strategi pengendali Sabah, Jelius Ating membawa masuk…