Sambutan raya korban suram - Utusan Malaysia

Sambutan raya korban suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMAT Islam baru sahaja menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha. Merenung kembali sambutan hari raya tahun ini, suasana amat berbeza sekali berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perkara ini memang diakui oleh semua orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Disebabkan itu, ramai yang kadangkala teringat sambutan-sambutan silam yang begitu meriah dan bermakna. Namun, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Akhir-akhir ini, sambutan sesuatu perayaan itu termasuk Hari Lebaran semakin hilang kehangatan atau kemeriahannya.

Begitu juga dengan Hari Raya Aidiladha. Memang banyak faktor menjadi punca perkara ini. Bagi rakyat, sambutan dilakukan secara ala kadar atau mengikut kemampuan.

Dengan harga barang keperluan kian meningkat termasuk harga daging, sudah pasti perbelanjaan dibuat dengan lebih berhati-hati.

Jika suatu ketika dahulu ramai yang mampu mengadakan ibadah korban, namun kini jumlahnya semakin berkurangan. Apa tidaknya, harga daging kian meningkat saban hari.

Ada yang mengatakan harga daging meningkat kerana kos makanan haiwan meningkat. Ada yang mengatakan bahawa kini bukan mudah untuk ternak lembu atau kambing disebabkan kawasan ternakan juga terhad.

Pelbagai alasan yang boleh diberi tetapi yang pasti tidak mungkin harga yang telah naik akan turun seperti suatu ketika dahulu. Mustahil!

Dengan itu, rakyat perlulah menerima hakikat harga barang yang naik tidak akan turun lagi sebaliknya dari semasa ke semasa akan terus naik.

Apabila ini berlaku, suasana atau kemeriahan sesuatu sambutan itu juga akan berkurangan. Lebih tepat jika dikatakan bahawa kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kesusahan.

Ini bermakna pentadbiran dan kepemimpinan kerajaan secara tidak langsung gagal memikul amanah untuk membela nasib dan kehidupan rakyat jelata.

Perkara ini perlu direnungkan. Jika mahu jadi pemimpin negara, maka tanggungjawab dan amanahnya amat besar sekali. Yang penting, renung kembali mengapa seseorang itu mahu jadi pemimpin, demi rakyat atau kepentingan diri?

Jika keadaan atau kemeriahan yang semakin berkurangan ini berterusan, apakah keadaan yang sama bakal berlaku ketika sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini?

HAMBA ALLAH

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN