KUALA LUMPUR 22 Ogos – Sambutan positif daripada masyarakat setempat khususnya penduduk Pekan Batu 11, Hulu Langat terhadap calon Pakatan Harapan (PH), bukti calon yang dipilih kepemimpinan parti diterima rakyat.
Wong Siew Ki yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berkata, kehadiran ramai penduduk setempat di dalam program ceramah bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu membuktikan sokongan masyarakat terhadap calon dipilih untuk mewakili mereka bagi penggal 2018 hingga 2023.
Beliau yang kelihatan teruja berkata, sambutan yang luar biasa itu sangat dihargainya dan menjadi rangsangan untuk dirinya melakukan yang terbaik demi rakyat yang diwakilinya.
Berita berkaitan:
“Ramai sekali penduduk yang datang dan ini menjadi bukti mereka bukan sahaja menyokong calon dipilih malah meyakini Pakatan Harapan sebagai parti mampu membawa perubahan serta pembaharuan untuk penduduk di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE











