Saman AES dibatalkan kerana tidak bawa keuntungan kepada kerajaan - Utusan Malaysia

Saman AES dibatalkan kerana tidak bawa keuntungan kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Keputusan membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah kerana kerajaan tidak memperoleh sebarang keuntungan daripada kutipan saman tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan, semua kutipan saman tersebut dibayar sepenuhnya kepada dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

Menurut beliau, kementerian tetap bertegas tidak akan mengutip lagi saman AES sekali gus membatalkan perjanjian yang dilakukan dengan dua syarikat konsesi itu.

“Antara persoalan yang ditimbulkan susulan pengumuman saya mengenai penamatan perjanjian dengan dua syarikat pengendali AES dan batalkan saman adalah mengapa kerajaan melepaskan saman-saman ini sedangkan kerajaan menghadapi masalah kewangan yang bernilai RM435 juta.

“Ingin dijelaskan, kalau kita kutipkan saman-saman itu tidak akan masuk dalam dana kerajaan kerana saman yang kita kutip itu kita perlu bayar kepada dua syarikat pengendali konsesi. 

“Kerajaan terdahulu tandatangan perjanjian yang berat sebelah memberi kelebihan kepada syarikat dan pertimbangan kedua ialah penguat kuasa di swastakan itu. Itu yang menjurus kepada kerajaan membatalkan saman-saman ini,” katanya pada sidang akhbar bagi menjawab kritikan pemimpin MCA berhubung pembatalan kutipan saman AES.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap adil dengan memulangkan semula bayaran saman AES yang telah dilunaskan pesalah jalan raya selepas pengumuman saman AES dibatalkan pada 17 Ogos lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN