Sabah larang import kucing, anjing dari Sarawak - Utusan Malaysia

Sabah larang import kucing, anjing dari Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri melarang sebarang tindakan mengimport kucing dan anjing dari Sarawak ke Sabah bagi mengekang penularan wabak Rabies di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong berkata, tindakan itu termasuk memperketatkan kawalan di pintu sempadan kedua-dua negeri terutamanya di laluan darat, Kawalan Kuarantin Imigresen Sindumin-Merapok di negeri ini.

Menurut Junz, tindakan mengekang aktiviti mengimport haiwan yang terlibat dari Sarawak telah dilaksanakan sejak tahun lalu ketika wabak Rabies menular di sana.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah telah mempertingkatkan kawalan pintu masuk terutama sekali melalui darat.

“JPV negeri memberi jaminan telah membuat perancangan rapi utk menghalang penyakit ini daripada menembusi benteng kawalan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambah Junz, biarpun Sabah masih bebas daripada penularan wabak Rabies tetapi, beberapa siri kempen kesedaran telah dilaksanakan di daerah Tawau, Kalabakan dan Nabawan.
 
“Penambahbaikan imunisasi akan dilaksanakan di sempadan Kalabakan-Kalimantan Utara serta Nabawan-Pensiagan-Sarawak. Semua anjing yang berada dalam lingkungan 30 kilometer akan diberi pelali vaksin rabies,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini