KEBELAKANGAN ini, isu mengenai perjuangan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender atau yang sering diringkaskan sebagai LGBT ini tiba-tiba menjadi topik hangat di Malaysia. Ia sebenarnya bukanlah isu baharu. Dalam dunia akademik, kajian oleh Laud Humphrey yang boleh dibaca dalam bukunya Tearoom Trade: Impersonal Sex in Public Places yang terbit pada tahun 1970 adalah antara kajian yang menceritakan manusia sebenarnya berselindung dalam dua topeng yang berbeza. Mereka merupakan ketua keluarga…











