KUALA LUMPUR 2 Ogos – Rundingan perjanjian jual beli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor masih dijalankan dengan fokus utama untuk memelihara kepentingan para pengguna. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rundingan itu telah diserahkan kepada penggantinya, Amirudin Shari, justeru beliau tidak mengetahui mengenai fakta-fakta perbincangan yang sedang dijalankan ketika ini. “Apabila saya tinggalkan Selangor, proses rundingan telah…

 
								









