JOHOR BAHRU – Kediaman seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) disimbah dengan cat merah pada Jumaat lepas, dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menutup restoran milik warga asing di kawasan bandar itu, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, kejadian disedari oleh mangsa ketika keluar dari rumah di Jalan Pimping, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin di sini untuk menunaikan solat Subuh,…










