AKTRES Australia, Ruby Rose dikhabarkan telah menutup akaun Twitternya setelah diserang netizen yang tidak mahu dirinya memegang watak sebagai Batwoman. Menurut portal KapanLagi.com, ramai netizen telah menghentamnya termasuk ada yang tidak berpuas hati kerana merasakan susuk tubuh wanita itu tidak sesuai untuk menjadi Batwoman. Difahamkan, sejak 12 Ogos lalu, akaun Rose tidak lagi dapat diakses.