TURIN 26 Ogos – Cristiano Ronaldo masih gagal menjaringkan gol buat pasukan baharunya, Juventus namun kelab gergasi Itali itu tetap gah mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Lazio dalam aksi kedua Serie A musim ini. Begitu pun bintang antarabangsa Portugal itu yang dianggap jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri masih dalam proses menyesuaikan diri tetap memberi sumbangan bermakna apabila menjadi penggerak kepada gol kedua jaringan Mario Mandzukic selepas Miralem Pjanic membuka jaringan.…










