TURIN 26 Ogos – Cristiano Ronaldo walaupun belum menunjukkan ketajamannya ketika penampilan sulung di Turin dengan Juventus, tetapi kehadirannya telah cukup untuk melonjakkan saham kelab itu di bursa saham Itali. Semalam ketika Juventus menewaskan Lazio dengan 2-0 pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Allianz di sini, dia gagal mempamerkan aksi terbaiknya akibat dikawal ketat pemain lawan. Gol hanya hadir pada minit ke-30 oleh Miralem Pjanic memecah kebuntuan tuan rumah…










