JOHOR BARU 20 Ogos – Kerajaan negeri akan menjenamakan semula Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjadi Rumah Mampu Biaya (RMB). Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk melihat skim perumahan RMB bagi lebih mencerminkan pemilikan rumah mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. “Perkara yang paling penting adalah memastikan pembeli rumah yang memenuhi syarat dapat dan memperoleh pinjaman untuk membeli rumah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke…










