ALOR SETAR 23 Ogos – Sebanyak 24 rumah, 10 kereta dan dua motosikal rosak dalam kejadian ribut di Kampung Kuala Melaka di Langkawi awal pagi tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Faizsal Che Me berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 5.33 pagi dan tiba di lokasi kejadian 23 minit kemudian. “Setiba di lokasi didapati tiada mangsa yang cedera dalam kejadian…










