Retak tangan kanan dipukul jiran guna cangkul - Utusan Malaysia

Retak tangan kanan dipukul jiran guna cangkul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki retak tangan kanan apabila dipukul seorang anak jirannya menggunakan sebatang cangkul dalam kejadian pertengkaran di hadapan rumah mereka di Kampung Manggis, Bagan Lalang, Butterworth di sini kelmarin.

Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sendiri itu terpaksa dibawa ahli keluarganya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam keadaan parah kira-kira pukul 9.25 malam.

Suspek lelaki berusia 30 tahun merupakan anak jiran yang tinggal bersebelahan de­ngan kediaman mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisio­ner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihak­nya menerima panggilan berhubung kejadian daripada isteri mangsa yang ketika itu menemani suaminya di Wad Kecemasan HSJ.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN