Renjer Perhilitan ditemui selamat - Utusan Malaysia

Renjer Perhilitan ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dilaporkan hilang di hutan Taman Negara sejak 11 Ogos lepas ditemui selamat pada petang ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, Tarmizi Ahmad Japli, 30, dijumpai pada pukul 4 petang tadi dalam keadaan lemah dan keletihan, kira-kira lima kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.   

“Mangsa diberikan rawatan awal di kem pangkalan dan dijangkakan dibawa keluar dari hutan dengan menaiki helikopter pada pagi esok untuk rawatan lanjut,” kata sumber ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau memberitahu berita penemuan mangsa hanya akan dimaklumkan pada sidang akhbar esok, namun setakat ini masih tidak dapat memberikan dengan pasti di mana dan bila ia akan diadakan. 

Tarmizi yang berkhidmat dengan Perhilitan Kelantan dilaporkan hilang pada 11 Ogos lepas, semasa mengumpulkan data Program Kaji Selidik Harimau Kebangsaan Kali Pertama di hutan berkenaan. 

Mangsa difahamkan masuk ke hutan berkenaan pada 9 Ogos lepas bersama-sama enam lagi renjer melalui Felda Kechau 11 Kuala Lipis. 

Kehilangan mangsa disedari rakannya selepas menyedari mangsa tidak berada di belakangnya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini