JERANTUT 26 Ogos – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang hilang sejak dua minggu lalu ditemukan berhampiran sebatang anak sungai dekat Hutan Simpan Yong, Taman Negara di sini, semalam. Mangsa, Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, ditemukan pada pukul 4 petang di lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer daripada tapak kem utama. Timbalan Ketua Polis negeri, Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa ditemukan dalam kawasan pencarian yang…










