JAKARTA 22 Ogos – Kuartet renang gaya bebas lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100m Sukan Asia 2018, sebentar tadi. Meskipun sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam, aksi di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, di sini, namun gandingan Welson Sim, Chan Jie, Keith Lim dan Foong Wei Tze berjaya mencatatkan 3 minit 21.06s sekali gus memadam rekod 3:21.79s yang dicatatkan semasa Sukan SEA 2017. Welson berkata, kehadirannya di…










