BUTTERWORTH 16 Ogos – Akibat bertindak di luar batasan dengan menendang seekor kucing pada Mac lalu, seorang remaja perempuan bawah umur dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi ini. Remaja berusia 16 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail ketika prosiding yang dilakukan secara tertutup. Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa telah menendang seekor kucing kira-kira pukul 1 petang…










