LAWAS 27 Ogos – Seorang remaja kurang upaya (OKU) dijumpai mati rentung dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja di sebuah ladang sawit di Jalan Sunda Terusan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.37 pagi itu, mayat mangsa, Yoyo Aminun, 14, ditemukan di bawah timbunan sisa kebakaran di bilik mandi rumah pekerja berkenaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung…









