Remaja mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Remaja mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut dipercayai lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Linggi di Kuala Sawah dekat Rantau di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Afiq Aizat Mohd. Noor meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik tiba di lokasi pada pukul 4.57 petang serta mangsa ditemui pada pukul 5.15 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau difahamkan, mangsa pergi ke sungai tersebut bersama bapanya untuk memancing ikan sebelum dipercayai tergelincir ke dalam sungai.

“Kita temui mangsa di dasar sungai dengan kedalaman lebih dua meter kira-kira 15 meter dari lokasinya jatuh. Mangsa tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.

“Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, operasi disertai pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Senawang dan Port Dickson. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini