SEREMBAN 29 Ogos – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Linggi di Kuala Sawah dekat Rantau di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Afiq Aizat Mohd. Noor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang mendapat panggilan kecemasan tiba di lokasi pada pukul 4.57 petang dan mayat mangsa…










