KOTA KINABALU – Polis merampas tiga senjata tiruan dan memberkas seorang remaja lelaki di pusat hiburan Waterfront Kota Kinabalu di sini baru-baru ini. Suspek berusia 20 tahun yang juga pemilik ketiga-tiga senjata berkenaan ditahan selepas mengacu sepucuk pistol terhadap seorang pelancong di lokasi kejadian kira-kira pukul 4 pagi pada 25 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua senjata terbabit ditemui di lokasi berbeza termasuk…










